PERSEKITARAN
Akademi berlokasi di tempat yang selamat dan cukup kondusif untuk kegiatan belajar dan menghafaz al Quran, Jauh dari pusat keramaian seperti kedai makan, tempat membeli belah, jalan besar dan laluan awam serta tidak berada di taman perumahan. Walau bagaimana pun kedudukan akademi amat mudah dicapai sebab berada di tengah-tengah kampung bukit Kapar, Meru.
Kedudukan Seorang Hafiz
مَثَلُ الذي يَقْرَأُ القُرْآنَ، وهو حافِظٌ له مع السَّفَرَةِ الكِرامِ البَرَرَةِ، ومَثَلُ الذي يَقْرَأُ، وهو يَتَعاهَدُهُ، وهو عليه شَدِيدٌ فَلَهُ أجْرانِ
“Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan ia menghafalnya, maka ia akan bersama para malaikat yang mulia dan baik. Sedangkan perumpamaan orang yang membaca (al-Quran) dengan tekun, dan ia mengalami kesulitan dalamnya, maka dia akan mendapat ganjaran dua pahala.”
Persediaan diri menjadi seorang HAFIZ
Niat Yang Ikhlas
Setiap amalan bergantung kepada niat. Bila niat ikhlas kerana Allah dalam menghafal al Quran maka akan membentuk peribadi seorang hafiz yang mulia:
- Sentiasa menjaga hafazan.
- Memahami, mengamalkan dan menyebarkan isi kandungannya.
- Mempertahankan, membela dan memuliakannya
Minat Dan Semangat Yang Kuat
Minat dan semangat yang tinggi adalah antara faktor utama dan penunjang yang kuat untuk menyelesaikan hafazan walau apapun rintangan yang dihadapi
Bacaan Lancar dan Bertajweed
Bacaan yang lancar akan memudahkan proses penghafazan sedangkan bacaan bertajweed adalah syarat utama bagi pelajar untuk diterima di kelas hafazan. Oleh itu, pelajar yang memiliki masalah kelancaran bacaan dan tidak bertajweed akan diikutkan dalam kelas tahsin bacaan terlebih dahulu sehinggalah sampai ke tahap yang layak menyertai kelas hafazan
Berdisiplin
Kekadang bagi sebahagian orang, menambah hafazan baru adalah lebih mudah sebaliknya mengulang dan mengingat hafazan lama hampir disepakati lebih susah dan berat. Pelajar yang dapat menguasai hafazan lama lah yang dianggap berjaya dalam hafazan. Pelajar diharapkan boleh berdisiplin dengan jadual hafazan dan pengulangan yang ditetapkan.
Memahami, Mengamal Dan Berdakwah
Objetif utama dari menghafal al Quran adalah penjagaan pada al Quran yang tersurat dan tersirat. Pelajar yang hafiz adalah yang dapat mencapai objektif tersebut pada diri, keluarga dan masyarakat.

Visi dan Missi
Visi dan Missi ATIUW
Visi
Berazam melahirkan para huffaz yang bertaqwa dan memahami isi kandungan al Quran dengan mendalam untuk diri sendiri, keluarga dan ummah.
Missi
- Menyediakan kemudahan yang terbaik dan peluang yang terbuka untuk pengajian al Quran
- Menerapkan kaedah pembelajaran yang efisyen dan efektif tanpa merosakkan keaslian ilmu al Quran itu sendiri
- Meletakkan akhlak al Quran sebagai tanda aras pencapaian dalam melahirkan generasi Qurani berdasarkan fahaman ahlisunnah wal jama’ah
3 nilai teras
Hamba Allah
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (Q.S:51:56)
Pendakwah
قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ (Q.S:12:108)
Khalifah Allah
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ (Q.S:02:30)
Alamat
Lot 2785, Jalan Limau, Kg. Bukit Kapar 42220 Meru, Klang, Selangor
H/P: 0192131058, Email: akademiatiuw@gmail.com.



Yuran tahunan
2022Yuran Tahunan diselesaikan selewatnya bulan Januari atau bulan Julai.
- Yuran meliputi:Yuran Pendaftaran,Yuran Pengurusan,Yuran Peperiksaan,Pusat Sumber,Klinik Bacaan, Klinik Hafazan dan Klinik Akhlak,Buku Laporan Hafazan Harian,Almari,Katil,Mushaf (al Quran).
Yuran bulanan
Setiap awal bulanYuran ini meliputi:
- Yuran Bulanan, Asrama, Makan minum 3 kali dan minum petang,Dobi.
- Tidak termasuk: Keperluan mandi dan basuh, Peralatan peribadi, Ubat-ubatan.
Permohonan kemasukan selepas tempoh pengambilan boleh berurusan terus dengan pihak admin di talian 019 2131 058
Proses kemasukan dan pendaftaran pelajar baru
Wahai pencinta al Quran,
Ingat pesan Nabimu:
اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ
"Bacalah al Quran, Sesungguhnya al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pembela bagi pembacanya"
إنَّ للَّهِ أَهلينَ منَ النّاسِ. قيلَ: يا رسولَ اللَّهِ من هم؟ قالَ: هم أَهلُ القرآنِ، هم أَهلُ اللَّهِ وخاصَّتُهُ
"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli keluarga dari kalangan manusia, (sahabat bertanya) siapa mereka ya Rasullah? (Rasulullah) berkata: Mereka adalah ahli al Quran, merekalah keluarga Allah dan orang-orang yang diistimewakan di sisiNya"
يقالُ لصاحِبِ القرآنِ: اقرأ، وارتَقِ، ورتِّل كَما كُنتَ ترتِّلُ في الدُّنيا، فإنَّ منزلتَكَ عندَ آخرِ آيةٍ تقرأُ بِها
"Dikatakan kepada ahli al Quran (di Syurga): Bacalah dan terus naik (ke tingkat yang lebih tinggi) serta bacalah dengan baik seperti mana kamu dahulu membacanya di dunia, sesungguhnya kedudukanmu sehingga akhir ayat yang kamu baca"
مَثَلُ الذي يَقْرَأُ القُرْآنَ، وهو حافِظٌ له مع السَّفَرَةِ الكِرامِ البَرَرَةِ، ومَثَلُ الذي يَقْرَأُ، وهو يَتَعاهَدُهُ، وهو عليه شَدِيدٌ فَلَهُ أجْرانِ.
"Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan ia menghafalnya, maka ia akan bersama para malaikat yang mulia dan baik. Sedangkan perumpamaan orang yang membaca (al-Quran) dengan tekun, dan ia mengalami kesulitan dalamnya, maka dia akan mendapat ganjaran dua pahala."

Ma’haduna
Fasiliti
Fasiliti:
Ruang belajar:
ATIUW dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran yang terdiri dari dewan belajar utama merangkap ruang solat, 1 ruang kelas akademik, 1 ruang daurah, 1 ruang IT. Aktiviti sukan diadakan di gelanggang sukan.
Asrama:
Bangunan asrama pelajar terdiri dari dua dorm, setiap dorm memuatkan 30 orang pelajar. Bilik-bilik asatizah dan warden terletak bersebelahan dengan asrama pelajar dalam satu bangunan.
Dobi:
Ruang mendobi berada di atas bangunan asrama. kerja kerja membasuh kain dilakukan oleh salah seorang warden (pelajar tidak dibenarkan membasuh kain sendiri).
Makan minum:
Ruang makan berada di tengah-tengah bangunan ATIUW, ruang cukup luas dan selesa dilengkapi dengan ruang dapur untuk memasak pada acara-acara tertentu. Untuk keperluan makan minum yang asas disediakan oleh seorang tukang masak di tempat lain berhampiran dengan ATIUW. Air minum disediakan melalui mesin-mesin penapis air yang ditempatkan di dewan makan dan dewan belajar utama.
Tandas dan bilik mandi:
Bilangan tandas dan bilik mandi yang cukup menampung keperluan warga ATIUW berada di asrama pelajar, dewan belajar utama dan di gelanggang sukan yang merangkap sebagai tandas dan bilik mandi tetamu.
Bilik-bilik pentadbiran:
Bilik pentadbiran terletak dibahagian hadapan dekat pintu masuk kawasan ATIUW. Bilik-bilik meliputi bilik pengurus, bilik guru, bilik tetamu dan bilik mesyuarat.
Setiap ruang dan bilik telah mendapat mengiktirafan layak dan selamat dari pihak bomba dan keselamatan.
ATIUW
Akademi Tahfiz Ihya Ulum Wahyu (ATIUW) ditubuhkan oleh Ihya Ulum Wahyu Training Center (IUWTC). Alhamdulillah telah berdaftar di bawah JAIS sejak tahun 2012.
Menu makanan
- Sarapan (roti, nasi lemak, kuih muih)
- Makan tengahari (nasi berlauk)
- Makan malam (nasi berlauk)
- Minum petang (biskut, kuih, roti)
Standard pembelajaran
Sistem dan jadual menghafal al Quran disusun sedemikian rupa supaya setiap pelajar dapat menguasai hafazan al Quran dengan baik dan kukuh. Penjagaan hafazan lama dan terkini diberi tumpuan lebih sebagai syarat utama jika ingin menambah hafazan baru.
Di samping itu ujian pengukuhan baik tebuk hafazan atau ujian keseluruhan hafazan dibuat secara ketat dan berjadual. Pemahaman isi kandungan al Quran dimulakan dengan pembelajaran harfiah iaitu mempelajari makna ayat secara perkata. Untuk maklumat lebih lengkap berkaitan sukatan (silabus) hafazan klik di sini.
Akademik
Pelajaran asas-asas akademik akan diberi kepada pelajar yang setingkat dengan sekolah rendah, manakala pelajar yang sudah mengkhatamkan hafazan al Quran dan sudah mencecah umur 17 tahun digalakkan menyertai kelas dan kursus persediaan ujian SPM selama 2 tahun di ATIUW.
Penggunaan Tekhnologi dalam kelas
Sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi digunapakai dalam kelas pada acara tertentu, pembentangan menggunakan paparan skrin lebar secara langsung atau pun di atas talian turut disediakan
Laporan kemajuan
Maklumat kemajuan pelajar akan sentiasa dikemaskini oleh guru kelas, baik laporan bulanan mahupun laporan persemester dan juga pertahun. Laporan akan terus sampai dihadapan ibubapa/penjaga untuk menjamin maklumat kemajuan anak dapat diketahui dengan pantas.
2011-2022
Seluruh pelajar
Sedang belajar
Khatam bersijil
SOALAN LAZIM
Kami senaraikan di sini soalan-soalan lazim dan jawabannya untuk kemudahan anda.
Berikut ini adalah senarai soalan yang biasa ditanyakan dan kami sudah sertakan dengan jawabannya. bagaimanapun kami galakkan bertanya terus kepada Admin Akademi untuk mendapatkan kepastian.
Klinik Bacaan
Klinik bacaan maksimum 6 bulan kepada pelajar baru yang tidak memenuhi kelayakan bacaan semasa temuduga. Kleas ini akan dikawal oleh team klinik bacaan yang ditugaskan.
Klinik Hafazan
Klinik ini dikhaskan kepada pelajar yang menghadapi masalah hafazan, baik hafazan baru ataupun pengulangan hafazan lama. Klinik ini akan diselia oleh Ustaz penasihat hafazan.
Berapa lama tempoh menghafaz al Quran
Tempoh menghafal adalah 3 tahun termasuk tempoh pengukuhan dan ujian sijil. Tempoh ini sekiranya pelajar mematuhi silabus hafazan yang ditetapkan.
Yuran pengajian?
- Yuran tahunan sebanyak RM750 (katil, almari, Mushaf, buku laporan hafazan)
- Yuran bulanan RM510 (termasuk makan minum, asrama dan dobi)
- Yuran kem 2 kali setahun akan ditetapkan mengikut keperluan.
Pelajar boleh mengikuti tahfiz separuh masa tak?
Akademi tahfiz ini sepenuh masa dan tiada penerimaan pelajar ulang alik.
Bila kah waktu yang sesuai berjumpa dengan pelajar?
Perjumpaan ibubapa dengan anak hanya sekali dalam sebulan mengikut jadual atau taqweem yang ditetapkan oleh Akademi. Perjumpaan samada dalam bentuk ziarah ibubapa, outing atau pelajar pulang ke rumah.
Boleh tak mengambil anak untuk menghadiri kenduri kahwin ahli keluarga?
Tidak digalakkan mengambil anak untuk menghadiri kenduri kahwin atau doa selamat melainkan kenduri penting dari pihak keluarga yang rapat seperti abang atau kakak. Sebaiknya jangan mengusik dan merosakkan tumpuan anak hanya kerana keduri yang tak wajib atau tiada kaitan secara langsung dengan anak.
Ada subjek akademik tak?
Tingkatan pelajar dibahagi kepada dua kategori; kategori RENDAH dan MENENGAH. Untuk kategori rendah (10-12 tahun) kami akan sediakan kelas hujung minggu untuk bahan-bahan pelajaran UPSR (pelajar tidak akan terlibat dengan peperiksaan UPSR). Sedangkan untuk kategori menengah kami akan sediakan kursus persediaan mengikuti peperiksaan SPM selama 2 tahun. Pelajar kategori ini akan didaftarkan untuk menduduki SPM.
Adakah pelajar dibenarkan membawa gadget?
Pelajar tidak dibenarkan membawa HP, laptop, pemain mp3 dan seumpamanya. alatan elektronik lain yang membantu hafazan bergantung kepada kelulusan dari pihak Akademi.
Adakah ibubapa boleh menghubungi anak melalui talian talifon?
Boleh pada setiap jumaat petang dan hari Sabtu dengan menghubungi no talifon Warden atau ustaz yang bertugas.
Apa jenis bekalan makanan yang boleh dibawa oleh pelajar?
Para pelajar tidak dibenarkan membawa apa-apa makanan atau minuman melainkan makanan atau minuman tersebut untuk dikongsi dengan semua kawan-kawan. Demikian itu disebabkan akademi mengamalkan keadilan dan kesamarataan. Makanan khas untuk kesihatan atas nasihat doktor perlu dilaporkan dan diserahkan sebagai amanah kepada warden.
Program anak angkat dan pemberian
derma siswa untuk bayaran yuran pelajar yang kurang mampu (INFAK)
Bantuan pembelian barangan dapur
dan bahan masakan. (INFAK)
Bantuan kos utiliti seperti elektrik, air dan penjagaan kenderaan (van) ATIUW (INFAK)
Terdapat beberapa pelajar kami yang tidak mampu membayar yuran bulanan mahupun yuran tahunan dengan penuh, bahkan terdapat juga yang tak mampu membayar sama sekali. Oleh itu, melalui program ini anda berpeluang meringankan beban dalam perjuangan mereka menjadi seorang hafiz kitab Allah Azza Wa Jalla.
Pemenuhan keperluan bahan dapur seperti lauk-lauk dan sayuran amat diharapkan. Kami cuba menyediakan menu-menu makanan dan minuman yang diminati (walaupun dalam sajian yang sederhana) supaya mereka dapat lebih bersemangat dan selesa mengikuti pembelajaran.
Penggunaan elektrik cukup besar memandangkan beberapa ruang penting seperti dewan utama, ruang-ruang belajar dan juga asrama menggunakan pendingin hawa (aircond), walaupun kami telah menjadualkan penggunaan, kami masih tetap rasa berat menanggung bayaran bill bulanan yang cukup tinggi.
Infak menjamin dan membuka pintu rezeki
قالَ اللَّهُ تَبارَكَ وتَعالى: يا ابْنَ آدَمَ أنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, “Berinfaklah wahai anak Adam, niscaya Aku akan memberi infak kepadamu.” (HR. al-Bukhari no. 5352 dan Muslim no. 2305)
Harta tidak berkurang kerana infak
ما مِن يَومٍ يُصْبِحُ العِبادُ فِيهِ، إلّا مَلَكانِ يَنْزِلانِ، فيَقولُ أحَدُهُما: اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، ويقولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Tidak ada satu hari ketika para hamba berpagi hari melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satunya berkata, “Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang berinfak.” Yang lain mengatakan, “Ya Allah, berilah kepapahan kepada orang yang bakhil.” (HR. al-Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 2333)
Takut miskin kerana berinfak adalah bisikan syaitan
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Setan menjanjikan (menakut-nahkuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil) ; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Mahaluas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah/2: 268]
COURES
Kursus Cerdik Bahasa Arab
Kaedah Bahasa Arab
1 Tahun, 12 bulan
Hafriyah Al Quran
1 Tahun, 12 Bulan.
Perbualan
1 Tahun, 12 Bulan.
Blog
Berita dan Artikel
USUL FEQAH 0721
FEKAH
[ays_quiz id="3"]
Nama-nama al Quran
Badruddin az Zarkasyi menyebutkan 55 nama bagi al Quran dalam kitabnya al Burhan. Majduddin Fairuz Abadi pula menyebut 93 nama dalam kitabnya Basoir Zawit Tamyiz. Sedangkan Soleh al Bulaihiy menyebut 46 nama dalam kitabnya al Huda wal Bayan fi Asmail Quran. Secara...